Warning, post may contain inappropriate words and may be unsettling for some people. Read at your own risk.
By clicking, more at the bottom, you are irrefutably confirming that you are above 18 years of age and waive any legal recourse towards the author should the contain of this post cause you mental distress, anxiety and whatever mental condition there is.
Cilaka! Butul punya stress aku tadi di kebun! Girigitan aku sampai aku rasa mau lasing orang. Cheh! Habis kebun aku lintang pukang! Kanapa bah orang ni tidak pandai ambil arahan. Susah butulkah untuk ko pakai hotak kau tu? Apa guna hotak ko tu? Bagus lagi tu batu, sia boleh lagi guna dia sebagai paper weight, kepala kau tu mana aku boleh taruh di atas meja, mana meja aku buli muat satu badan kau!?
Orang Kerja perangai macam Mr Bean
Ni pekerja aku ni. Inda pandai menyahut kalau sia panggil dia. Bila sia cakap sama dia, dia terus saja jalan. Belum lagi habis aku bagi arahan, dia terus saja jalan, sampai sia terpaksa beteriak. Sangaja bah tu kan? Lepas tu bila dia balik, dia tiada ambil satu lagi barang yang sia suruh dia ambil. "Tidak dengar" dia bilang. "Ya lah. Ko terus saja jalan. Apa inda ko tidak dengar. Cubalah kau berenti sekejap, kasi can aku habis cakap baru ko jalan!", aku jawab. Girigitan sudah aku tu tapi masih jugak sia cakap sama dia dalam tone yang lembut dan mesra.
Macam manalah aku mau explain concept "Do it right the first time" sama orang kerja Indon aku ni. Aku kasih tau dia, buat kerja mesti sepenuh hati. Kalau buat kerja cincai-cincai, buang masa saja. Tu kerja macam si Mat Jenin. Kerja cincai selalu tiada "productive outcome". Kalau ko tiada hati mau buat tu kerja, bagus jangan buat. Buang masa saja, termasuk masa aku. Aku rasa mau cakap ni sama dia, "Kalau ko kerja cincai-cincai, nanti aku bayar gaji ko pun cincai-cincai". See how you like that!
Ulun Putih Mulau
Hah! Ni lah orang putih bilang "sakit di buntut" aku. Ni GIRIGITAN yang paling besar sama sia. Tu hari sia minta dia tolong pasang plastik untuk cili padi sia. Sia fahamlah diorang tidak pernah buat ni kerja, jadi sia bagi arahan paaliiiingg jelas. Punyalah jelas sampai sia rasa aku ni panjang ajai ataupun orang Hakka bilang, "Cong sifut", maksudnya "Long winded". Sia sudah buat ni kerja setahun lebih. Jadi banyak sudah improvement sia buat supaya proses dia efficient dan tidak makan masa. "Paku ni mesti di setiap 3 pokok. Plastik tu mesti di tarik, kalau tidak, bila ada angin dia terbang nanti", sia bilang BUT NOOOO, dia mau jugak kasih improve kono. Dalam hotak budu dia tu, cara sia kerja budu. Sia tidak Work Smart. Woi, palui! Aku taulah concept Work Hard but Work Smart tu! Tapi work smart tu bukan maknanya ko cut corners! Ajaran sesat mana ko ikut ni? Sekarang apa jadi! Plastik-plastik tu semua lintang pukang kerja ko. Siapa yang mau kasih bersih tahi ko? Aku jugak! Ko ni pemalas bah kan.
Mulau, ni bukan zaman Borneo dulu lah. Kami bukan tiada pemikiran. Dia mau tanam sayur konon. Sayur Sawit. Sia bilang, "Uiyoh! Bukan senang buat batas tu. Banyak kerja bah!". Dia bilang, "Aku buli buat! Aku buli buat! Dulu sia ada pernah bercucuk-tanam sama ni komuniti pekebun organik di .......!". Sia tidak dengar di mana dia pernah bercucuk tanam pasal hotak aku auto shutdown bila dia bersakap macam jugak laptop aku ni, "Fuzzy logic. Input not recognize. Initiating auto shutdown for self preservation". "Bah, kalau ko sanggup ko buatlah", sia bilang.
Laki bini pigilah becangkul. Sekali sia pi tinguk, adedeh! Kiutnya batas diaorang. Kechik molek! Tanah berketul-ketul macam batu! Macam manalah tu sayur mau tembus tanah liat keras tu? Tanah liat bila kering, keras macam batu bah. Sia kasih lah tau tapi tidak jugak mau dangar. Nah! Sudah 4 minggu, apa yang keluar? Rumput! kakakakaka... Ni lah orang yang mau ajar aku bekebun?
Tiap-tiap hari, ada saja komen negatif dia. Pukindat! Ko pernah dengarkah pepatah orang putih ni, "Kalau ko tiada apa-apa bagus untuk disakap, tutup saja mulut ko!".
Balik-balik sakap pasal bulan saja. Dia mau ajar aku tanam ikut bulan kono. "Oh! Ni pokok tidak sihat. Barangkali ko tanam salah bulan!" dia bilang. Bulan, bulan, bulan. Yalah, kami orang Dusun pun tau pasal bulan tu bah. Bukan ulun putih saja tau rahsia ni tapi sia punya cara tanam ikut saintifik dan juga tradisi. Satu kali lagi ko cakap pasal bulan, nanti salah bulan, sia katuk kapala ko.
Orang Mulau
Kanapa bah dekat semua ulun putih yang lawat aku ni sot-sot. Woi! Kalau ko mau balik jagi mungit pun, bukan bermakna siaorang pun patut balik pakai santut! Ko marah kono kita buka tanah untuk tanam kelapa sawit. Iyahlah, sia pun risau jugak untuk alam semulajadi kami. Tapi ko ni melampau jugak, janganlah ko tuduh satu Sabah tidak pandai berfikir. Lagipun, cubalah fikir. Adilkah ko suruh orang Sabah ataupun Malaysia untuk jadi "paru-paru hijau" dunia? Kami pun mau maju, kami pun mau kaya. Kamu sudah kaya. Senang betul ko datang sini mau kritik kami.
Kenapa ko tidak suruh negara-negara kamu bersumbang pada projek "paru-paru hijau" kamu. Kamu yang dulu potong hutan-hutan kamu. Kadang-kadang kamu potong hutan lain orang jugak, tanah yang kamu jajah. Surulah kerajaan-kerajaan kamu kasih balik London, Los Angeles, New York, Paris dan lain-lain sama alam-semulajadi. Kasih jadi hutan balik tu kota-kota. Betul bah, kalau ko serius. Jangan jadi hipokrit bah. Kami pun concern sama isu semulajadi ni tapi tolonglah, jangan kutuk kami saja.
Mulau!